Saat Kita Tiada Siapa-Siapa

Dalam hidup kite ni, ade mase turun dan naiknye. Up and down mat saleh kate. Mase turun tuh, kite rase lonely sangat2. Tapi tapi, ingatlah bahawa kite tak pernah bersendirian.

Untuk mengupas lebih lanjut, meh bace karya Hilal Asyraf dari Langit Ilahi ni. Layan~
.................................................................................

Kalau orang tanya saya, pernah down atau tidak? Saya pasti akan menjawab pernah. Bila orang bertanya kepada saya, apakah down yang paling down pernah saya rasai? Saya akan menjawab, saat saya sedar bahawa saya tiada siapa-siapa, itulah saatnya saya paling down.

Saya rasa saya ini bagus mati sahaja. Ha… sampai macam itu sekali. Jangan contohi yang ini ya. Haha.

merenung mase depan

Tapi awak still hidup lagi, dan masih meneruskan apa yang awak lakukan selama ini? Ha, biasanya itu soalan yang akan mengekori soalan yang kedua tadi. Jawapan saya, ya, saya tetap bergerak, berjalan, dan meneruskan kehidupan.

“Jadi, apa motivasi awak, sedangkan awak melalui saat yang paling kritikal seperti yang awak nyatakan tadi? Sampai rasa bagus mati sahaja, tapi awak still bangun dan bergerak?”
Ha, jawapan kepada soalan itulah yang saya hendak kongsikan di dalam artikel ini.

Allah itu memang Yang Paling Dekat, tetapi…

Sebelum saya masuk kepada ‘jawapan’ saya, maka sukalah saya pergi kepada ‘mukaddimah jawapan’ saya.

Allah adalah mukaddimah kepada jawapan saya. Iya. Sebab, jawapan saya hanya akan terhasil dengan keimanan saya kepada Allah SWT. Saya beriman bahawa Allah itu paling dekat, Allah itu sentiasa bersama kita, dan Allah itu adalah yang akan memberikan bantuan kepada kita, serta memenangkan kita sekiranya kita berada di atas jalanNya.

Tetapi mengapa saya jadikan ini sebagai ‘mukaddimah jawapan’ dan bukan ‘jawapan induk’ saya? Sebab manusia ini banyak songeh. Mereka akan kata pada saya begini:

“Memanglah Allah ada sentiasa, paling dekat, tetapi Allah bukan manusia yang boleh berbalas cakap dengan kita, yang boleh peluk kita dan sebagainya. Kalaulah Allah sahaja sudah mencukupi dengan pencukupan yang 100%, maka tidaklah Allah menjadikan untuk Adam itu Hawwa, dan tidaklah Allah menyusun perjalanan Rasulullah SAW itu memerlukan para sahabat baginda.”

Bijak apa yang diketengahkan oleh si pengketengah pendapat tadi. Dan saya sokong 100%. Benar. Sunnatullah, manusia juga memerlukan manusia.

Tetapi itulah dia punca masalah yang kita bincangkan sekarang, bukan? Sekarang ini, kita rasa kita tiada siapa-siapa. Ibu Bapa tidak memahami, orang benci dengan apa yang kita lakukan walaupun kita sudah usahakan yang terbaik untuk memuaskan hati mereka, apa sahaja yang kita buat mesti ada yang nak hentam, ada sahabat tetapi sahabat pun tidak mampu menenangkan dan tidak pula mampu untuk mempertahankan kita. Rasa very very very lonely betul tak?

Jadi, apa yang saya buat bila saya dalam situasi itu?

Jeng jeng jeng…

Saya ada diri saya. Hadiah Allah buat saya.

Ahah. Itulah “jawapan” saya, dan saya tidak punya jawapan yang lebih kuat daripada itu. 

Kenapa saya teruskan kehidupan saya, walaupun saya rasa saya tiada siapa-siapa?

Sebab saya ada diri saya. Diri saya yang dihadiahkan oleh Allah buat saya.

Diri saya manusia bukan?

Kenapa ya, saya kena mengecewakan diri saya, menzaliminya dengan kekecewaan, kesedihan yang berpanjangan, kegagalan dalam kehidupan, hanya kerana saya rasa orang lain semuanya tidak suka akan saya? Hanya kerana saya rasa sahabat-sahabat saya tidak mampu mempertahankan saya? Hanya kerana tiada orang yang mahu memahami saya?

Sedangkan, sepanjang pengetahuan saya, diri saya sentiasa bersama-sama saya. Diri saya tidak pernah meninggalkan saya. Bahkan, diri saya bersama-sama saya semenjak lahir lagi. Lebih daripada itu, apabila saya berdiri di hadapan Allah nanti, diri saya tetap bersama-sama saya. Lebih lagi daripada itu, masa orang semua sibuk dengan diri masing-masing di hari akhirat, diri saya hanya sibuk dengan saya. Haha. Maka mengapakah saya mesti menzalimi diri saya yang amat baik dengan saya ini?

Masa semua orang hentam saya, kutuk saya, keji saya, sahabat-sahabat pula berdiam diri dan tak stand up pun untuk saya, tak back up pun saya, diri saya stand up untuk saya, back up saya. Diri saya adalah yang paling memahami saya, bahkan, dia memahami saya tanpa perlukan apa-apa penjelasan sekalipun. Sedangkan, sahabat terbaik pun, saya perlu jelaskan kepada dia itu dan ini, dan ada kemungkinan pula untuknya tidak jelas juga walaupun selepas mendengar penjelasan saya.

Maka, bukankah saya ini keterlaluan untuk terus duduk diam tanpa meraikan diri saya yang baik itu? Mengapa, kerana orang ramai yang meninggalkan kita tadi, kerana sahabat-sahabat yang bacul tadi, saya mesti bertindak zalim kepada diri saya yang menyayangi saya ini?
Jadi, konklusinya, saya kena hidup dengan kehidupan yang terbaik, untuk membuatkan diri saya yang baik tadi bahagia, senang, tidak terluka dan sebagainya. Membalas kebaikan-kebaikannya kepada saya selama ini dan yang akan datang.

Tidakkah itu sudah cukup untuk saya meneruskan kehidupan?

Nyata Allah itu tidak meninggalkan saya kesunyian bukan?

Apapun yang terjadi, paling kurang saya ada diri saya.

Maka, buat apa saya kena menghentikan kehidupan? Sepatutnya, saya kena buat diri saya tadi bahagia. Teruskan hidup, teruskan perjuangan, teruskan kejayaan.

Outro Jawapan.

Akhirnya, saya kena bagi sikit outro la kan? Sebab tadi ada mukaddimah.
Jadi kita perlu melihat semula bahawa kita ini datang daripada Allah, balik juga akan balik kepada Allah SWT. Oleh kerana saya rasa, saya ini tak akan mampu nak bayar jasa diri saya tadi, maka ganjaran yang lumayan yang saya mampu usahakan untuknya adalah dengan memberikannya ketenangan abadi selama-lamanya.

Di manakah saya mampu memberikan diri saya ketenangan abadi selama-lamanya?
Semestinya di Syurga Allah SWT. Maka, saya kena berusaha, bersabar, tabah, mengharungi segala mehnah dan tribulasi di atas muka bumi ini, untuk membalas jasa diri saya yang baik tadi. Berikan diri saya, syurga Allah SWT, atas kebaikannya yang tidak berbelah bagi buat saya selama ini.

Tidakkah kita merasakan demikian?

Takkan nak balas dengan neraka, bukan?

Penutup: Tetapi saya akhirnya menyedari bahawa, saya tidak mampu ditinggalkan sendiri

Ha, jawapan tadi adalah apa yang saya sentiasa berikan kepada diri saya semasa saya down sangat-sangat. Sebab itu, saya kekal bangkit dan berjuang. Berjuang dan berjuang. Hidup dan terus hidup. Menggapai kejayaan dan terus berjaya.

Tetapi akhirnya saya tetap menyedari juga bahawa, saya tidak mampu ditinggalkan sendirian. Saya ada sahabat-sahabat saya. Walaupun mungkin mereka tidak ‘sepantas’ diri saya mendapatkan saya, tetapi mereka still mendapatkan saya, menenangkan saya, berusaha membantu saya dan menyenangkan saya.

kawan2 sentiasa di sisi kita

Saya yakin, majoriti manusia sebenarnya mustahil untuk ditinggalkan bersendirian. Kita pasti ada manusia yang Allah jadikan buat kita sebagai sahabat.

Tetapi, untuk worst case scenario, motivasi “Saya ada diri saya sendiri,” adalah jawapan.

Pastinya, selepas itu kita tidak akan mampu menghentikan hidup kita.

Melainkan kita tidak menghargai diri kita sendiri.
.................................................................................

Sekian.

Selamat malam. :)


3 kuman:

Fatimah Ali said...

skrg mmg sorang2. ada bf macam xde. bodoh.

Anonymous said...

hargailah diri2 kalian :)

Anip said...

@ suha : rilek suha. Allah sentiasa bersame kite. :)

@ anon : kerana dirimu begitu berharge. :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © ini belog anip