SE Rumor : Adik Xperia X10 Mini Pro bakal dilancarkan

8 kuman
Assalamualaikum.

gsmarena.com

gsmarena.com

Ya. Ini lah android phone terbaru yang bakal dilancarkan dari antara pengeluar handphone terbesar di dunia, Sony Ericsson. Ini rumor je, jadi phone ni belum dilancarkan kat pasaran lagi la setakat ni. Tarikh pelancaran pun masih belum diketahui. Specs phone ni gempak jugak walaupun tak sehebat android phone yang lain. Antaranya phone ni versi Android 2.3, resolusi kamera mungkin 5 megapixel, rakaman video HD (tengok gambor kat atas tu), sliding QWERTY keyboard dan saiz skrin 3". 

Kenapa aku promote android phone ni sedangkan android phone lain seperti HTC, Samsung dan Sony Ericsson siri lain lagi hebat?

Sebabnye, harga phone ni dijangka berpatutan dan tidak terlalu mahal seperti android phone lain yang ada kat pasaran sekarang. Sangat sesuai bagi korang yang nak ber-eksperimen dengan android phone. Macam kita dah sedia maklum, phone dari Sony Ericsson biasenye tak terlalu rumit. Jadi, sangat sesuai bagi newbie dalam dunia android ni. Oleh sebab tu, aku syorkan android phone kat atas ni.

Tak tau ape benda android yang aku duk carut dari tadi? Haa, meh klik SINI.

Phone kat atas ni bukan satu2 nya android phone yang wujud kat muka bumi ni. Jadi, kalau nak usha android phone yang lain, klik SINI. Pilih la ikut selera masing2.

Aku nak tambah sikit lagi. Berdasarkan pemerhatian aku dalam forum dan artikel pasal android ni, platform android lebih baik jika nak dibandingkan dengan platform Symbian dan Windows Mobile. Macam iPhone, android jugak mempunyai banyak aplikasi yang boleh di-download dari android market dan kebanyakannya adalah percuma. Jadi, mungkin tak keterlaluan kalau aku cakap android phone adalah alternatif yang lebih murah daripada iPhone. Haha.

p/s : tepuk dada tanye selera :)

Hikayat Merong Mahawangsa, Jom Sedut

6 kuman
Assalamualaikum.

Good evening all. Korang dah tengok tajuk entry ni kan? Tau tak filem ape ni? Kalau tak tau, tengok gambor kat bawah ni. Kalau tak tau gak, meh sini aku bagi penampor laju2 meh.

Google

Sebenarnye aku bukan nak cerita pasal filem ni. Aku pun tak nak maki, kritik, komen, kutuk, caci, hina, sindir dan bagi pendapat pasal filem ni. Aku just nak share link download filem ni sebab aku percaya ramai lagi rakyat Malaysia yang tak tengok filem ni. Kan kan? Tipu la kalau semua dah tengok. 

Jadi, kalau nak download, korang download la kat SINI. Pastu join la forum ni sekali. Banyak kelebihannya. Korang boleh download lagu, movie dan benda lain2 la. Join la baru tau.

p/s: malam masih muda, jom la download. hehe.

*****EDIT*****

jangan register kat forum ni. bahaya. x caye klik SINI.

Pak Cik yang Hampir Mati

5 kuman
Assalamualaikum.

Lama gila aku tak update blog ni. Lebih seminggu dah. Tapi tak berhabuk, bersawang pulak. Kadang2 aku pelik gak. Blog orang lain kalau dah tinggal lama2, tak update mesti berhabuk, bersawang. Betol ke blog diorang macam tu? Blog aku tak pun. Haha.

Hm, memandangkan aku tengah tak de idea nak update ni, aku nak share cerita mak aku je la. Hari tu mak aku pegi farmasi nak beli ubat. Tengah cari ubat, ade sorang pak cik masuk dalam farmasi tu. Pak cik tu pegi la mintak ubat kat kaunter. Mak aku dengar la diorang cakap2.

Pak cik tu mintak ubat steroid. Pastu akak yang jaga kaunter tu tanye la pak cik tu sakit ape. Pak cik tu cakap sakit ape entah, aku pun tak ingat cerita mak aku hari tu. Tapi steroid tu tak de kaitan la dengan penyakit die tu. Pastu akak tu bagitau pak cik tu yang ubat steroid ni bukan ubat untuk penyakit die. Akak tu tanye lagi die, mane pak cik tau pak cik kena ambik ubat ni? Pastu pak cik tu cakap die tau dari surat kabor, dalam satu artikel pasal penyakit die tu. Pastu aku tak tau la ending cerita ni, sebab mak aku cerita sampai situ je. Tapi aku harap pak cik tu hidup lagi la. Haha.

pak cik tu (mengikut gambaran mak aku.haha)

Kesimpulan dari cerita aku ni, rujuk la sape2 yang lebih arif pasal ubat2 ni. Sebab surat kabor kadang2 boleh silap kan. U know, typing error. Heh.

Lelaki Cantik, Wanita Gagah

8 kuman
Ce tengok tajuk entry ni. Mesti korang ingat aku silap tulis tajuk kan. Kan kan? Mane ade. Dah betul la tu. Korang kan tahu dunia sekarang dah terbalik. Bini pegi keje, laki duduk rumah gosip pasal makcik rumah sebelah. Hehe.


Cantik ke lelaki? Biasenye kite dengar perempuan je cantik kan. Hmm.. Jadi, persoalannye di sini, di manakah kecantikan lelaki??


Adakah di sini??
ni vokalis tokio hotel.


Sebenarnye, kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Dan di manakah kegagahan wanita??


Adakah di sini??
tough siot.

Bukan. Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:

“Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ”
Surah Al-Ahzab : Ayat 71

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”




Sekian. :)

Diorang Pun Bijak !!

1 kuman
Korang ingat nak mengemis tak payah pakai otak ke? Sah2 tanggapan korang tu salah. Tak caye? Haa, tengok gambor2 ni. 




bahasa robot??




kesian die
Kreatif kan? Mungkin korang pun boleh contohi diorang satu mase nanti. Haha.




credit

Ape Salahnye Aku Nak Jadi Lain Sikit??

2 kuman
Alhamdulillah. Selamat sampai rumah pukul 6 petang tadi. 


Sebenarnye dari petang semalam sampai petang tadi aku dan family aku pegi Rantau Panjang(RP), Kelantan sebab nak beli barang sikit. Eh, tak sikit pun, banyak jugak. Last2 aku jugak yang kene bawak most of the varang barang. Tapi biase la kan, anak mithali a.k.a anak rajin memang suke tolong mak bapak. Kah3. Hmm, maknenye dah sehari la aku tak jenguk blog aku. Sehari tak jenguk blog rase macam setahun. Ok, itu agak melampau. Sehari macam seminggu je. Haha. 


Ni la rantau panjang.
Google

Google

Cuaca di RP tadi panas terik. Tambah pulak dengan ramai orang menyebabkan kepanasan di sana semakin membuak-buak. Dan dalam kepanasan tu jugak aku nampak satu bende yang jarang ditengok kat tempat2 lain. Only di RP dan di tempat2 tertentu sahaje. Apakah itu? Jeng, jejeng~


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*




Haaa. Ni la bende yang aku cakap. Moto yang raga moto die letak kat depan, bukan kat tengah macam moto biase. Tengok kat tempat yang aku bulat tu. Rase lawak pun ade bile menengoknye.

Tapi moto ni tak la luar biase sangat. Aku saje je nak famous-kan moto ni. Sebenarnye, aku nak suruh korang fikir, apesal diorang letak raga tu kat depan moto. Ape fungsi die letak kat depan? Setiap yang berlaku mesti ade sebab kan?

Jadi, lepas aku pikir2, aku rase mungkin sebab diorang boleh bawak banyak barang. Tak tau la apesal, tapi instinct aku cakap macam tu. Tak pun, memang dah jadi budaya diorang letak raga kat depan. Dan satu lagi, mungkin diorang nak bagi nampak lain dari yang lain kot. Hehe. Tapi kalau korang tau sebab lain, korang boleh la bagi pendapat kat komen. :)

Kesimpulannye, letak lah raga moto tu kat tempat biase macam moto2 lain. Contohnye macam ni...

Google
Kan bagus...



p/s : tq kepada yang sudi singgah blog ni. :D

Permohonan Kemasukan Universiti Blogger Malaysia

7 kuman

Selamat malam semua!

Ok. Sekarang aku dalam mode rushing (ade ke mode ni?). Lantak ahh. Apesal aku rushing? Ini sebab......

Malam ni aku kena siapkan satu assignment(entry) pasal Universiti Blogger Malaysia a.k.a UBM. Pernah dengar ke belum? Kalau pernah dengar diam, kalau belum lagi buat2 terkejut. Haha. Nanti aku terang lagi pasal universiti ni ye. Meh la join!



Bersempena dengan pembukaan rasmi Universiti Blogger Malaysia, pihak pengurusan sangat mengalu-alukan kehadiran para siswazah sekalian. dan bersempena itu juga, pihak pengurusan ingin mengadakan satu Minggu Orientasi sebagai pembuka acara bagi universiti kita ini.
Macam biasa lah. tak kenal maka tak cinta. so, untuk minggu orientasi ini, pihak universiti hanya ingin para siswazah sekalian untuk memperkenalkan diri anda masing-masing. berikut antara butir-butir yang perlu diisi secara mandatori (wajib) :

1. letakkan banner UBM dalam entry anda.

Siap.

2. nama anda dan nama blog anda.

Nama : Muhammad Hanif Hishamuddin
Nama blog : vespaoldskool

3. sejak bila mula berblog.

saye mula ber-blog sejak awal bulan april 2011. sekarang saye masih dalam tempoh cuti sem, jadi sebab tu saye buat blog.

4. apa pandangan anda mengenai dunia blog darsawarsa kini.

ok. pandangan saye, dunia blog semakin berkembang dengan begitu pesat seperti cendawan keluar lepas hujan. blog ni pun penting sebab melalui medium ni, kite boleh sampaikan pendapat kite kepada ramai orang.

5. pandangan anda mengenai IPTM (institut pengajian tinggi maya) pertama ini.

baru je dengar daripada member dalam pukul 11 lebih tadi. Haha. Hmm, bagi saye, tindakan mewujudkan IPTM ni adalah satu tindakan yang bagus.
Tarikh Tutup bagi penyertaan ini : 14 April 2011 |12.00 Tgh Mlm (khamis)

Pendapat terbaik akan dikongsikan sebagai entry khas di UBM. Selain itu, anda juga boleh mengajak rakan-rakan yang lain menyertai Minggu Orientasi ini dan sekaligus menyertai universiti kita ini dengan menyebarkan kepada mereka mengenai perkara ini (tag).

Haa! Siap pun assignment aku. Semoga assignment aku diterima. Haha.  

BEN ASHAARI GEGAR LAGI !!!

9 kuman
Waaaa. First time aku join segmen sejak ber-blogging ni. *excited* Haha.


Meh la join segmen ni. Banyak kelebihannye. Rugi tak join.
So, sape2 nak join macam aku jugak, meh klik SINI.

Ok, sekian. :) 

p/s: join jangan tak join.

Trend Buang Sampah di Malaysia

11 kuman
Bile bangun pagi aku selalu nampak lori angkut sampah yang besar gedabak lalu depan rumah aku sekali dengan aroma wangi die tuh. Perghh. Aroma kewangiannye fantastik, bisa menggugat populariti perfume Paris Hilton. Oh nikmatnye. Kadang2 aku terpikir, apesal bau die wangi sangat. Erk? Adakah soalan aku ni terlalu jujur?

Ahh. Mengarut! Let's back to business.

Kat Malaysia negaraku tercinta ni, macam2 trend buang sampah yang dapat kite lihat. Antaranye..

1. buang dalam sungai/laut

sedap2 hati die je. ish3.

karang dah jadi macam ni, sape susah? sabor je la.

2. buang dekat2 longkang / dalam longkang


longkang yang tersumbat boleh membawa kepada banjir.

3. buang kat tempat yang dah terang2 ade papan tanda jangan buang sampah kat situ


siap sumpah2 lagi. haha.

4. buang ikut sedap hati

perangai macam gini la paling ramai. ish3.

5. buang kat atas penutup tong sampah

pandai pulak diorang ni susun. kreatif.

Kan bagus kalau ade tong sampah macam ni.
Konpem bersih negara kite. Kah3.


moral : jagalah kebersihan walau di mana anda berada. :)

Saat Kita Tiada Siapa-Siapa

3 kuman
Dalam hidup kite ni, ade mase turun dan naiknye. Up and down mat saleh kate. Mase turun tuh, kite rase lonely sangat2. Tapi tapi, ingatlah bahawa kite tak pernah bersendirian.

Untuk mengupas lebih lanjut, meh bace karya Hilal Asyraf dari Langit Ilahi ni. Layan~

Kenapa...?

0 kuman
Gambor ni aku print screen dari wall facebook member aku.


Member aku yang kacak.


Ape yang membuat aku berfikir. Apesal tak ramai jugak orang buat macam ni kat facebook sendiri lepas bace wall post ni?


p/s: pesanan untuk diri sendiri juge.

Kecik Sangat Ni..

9 kuman
Ape yang kecik sangat ni..? Ok, entry aku kali ni aku nak share pasal binatang2 kecik. Apesal mereka ni kecik? Jangan salahkan mereka, sebab ni sume ketentuanNya. Hehe.

1. Mr. Peebles

Kucing yang dah berumur 2 tahun! Mr. Peebles tu name die laa. Die jadi camni sebab die ade masalah genetik yang menghalang tumbesarannye. Menurut Guinness Book of World Records, die ialah kucing yang paling kecik dalam dunia! 
p/s: kalu aku la, aku nak kucing macam ni. senang jage. boleh letak dalam sangkar macam hamster. lagipun, tahik die pun kecik2, senang basuh (senang ke?). tapi yang paling penting, KIUT. haha.

 2. Ducky
INI ANJING, bukan itik even name die Ducky. Makne Ducky tu itik ke? Ahh. Lantak ah. Hanye seberat 0.6 kg dan setinggi 12.7 cm. Ditabal sebagai anjing paling kecik dalam dunia menurut buku pakcik Guinness

 3. PeeWee
Peewiiiiiit, eh PeeWee ialah hamster yang paling kecik dalam dunia. Besar duit syiling je. Super Duper Kiut! 

4. Thumbelina


She's not pony and she's not horny too. Kuda paling kecik dalam dunia. Seberat 24 kg dan setinggi 17 inci. p/s: kesian pulak tengok kuda ni, macam kuda mainan.

 5. Tiny Fish
Ikan2 laen dah kecik tapi die ni kecik lagi! Dijumpai di negara jiran kite, Sumatra (Indonesia). p/s: baik tangkap ikan bilis.

 6. Chameleon
Ini ialah chameleon dari spesis Brookesia Minima. Kalu berminat boleh cari di Madagascar.

Ambek dari SINI.

Selamat Malam. :)

Proton Satria Neo R3 Supercharged !!!

0 kuman
First impression aku. WOW !!! 

Supercharged dari Proton !! 

Tapi.........keter ni untuk prototype study je. Maksudnye keter ni tak dijual la (alamak). Haha. Tapi tak mustahil Proton akan jual jugak sikit mase lagi. Pape pon, layan gambor2 ni.


fulamakkkkkkk

perghhhhhh

fuhhhhhhhh



FYI, model Supercharged ni based on model Lotus Racing yang dah keluar tahun lepas.
Untuk maklumat lebih lanjut, klik SINI.

Proton boleh ! XD


Di Manakah Hati Kita Berlabuh

5 kuman
Harap korang tak tido lagi. Aku nak kongsi sedikit santapan rohani untuk korang sebelum tido. Bace !! Jangan tak bace. Hehe.
.....................................................................................................................

Allah telah menciptakan manusia dengan banyak kelebihan. Dia telah memberikan banyak fasiliti yang ada pada tubuh manusia. Dengan tangannya, manusia mampu membuat sesuatu yang menakjubkan. Dengan otaknya, kita mencetuskan teori-teori pengetahuan yang begitu luar biasa.

Namun, marilah kita mengamati salah satu dari kemampuan kita, iaitu kemampuan berfikir, melihat dan mendengar!
Dalam sebuah ayat-Nya. Allah swt berfirman :
“Katakanlah! Dia (Allah) yang telah menciptakan kalian, dan Dia jadikan bagi kalian pendengaran, penglihatan dan hati (pikiran). (namun) Amat sedikit yang kalian syukuri.” Qs. Al-Mulk (67) : 23
Allah SWT telah menyebut pendengaran dan penglihatan sebelum menyebut fikiran, kerana demikianlah proses berfikir manusia. Ya… melihat, mendengar lalu berfikir. Dan melihat, mendengar serta berfikir dalam ayat ini berkaitan dengan keadaan kita di hadapan Allah kelak.
Bagaimanakah reaksi kita tatkala melihat tanda-tanda kebesaran Allah yang amat banyak di sekitar kita? atau ketika kita mendengar ayat-ayatNya? Dan bagaimana sikap kita saat Allah melimpahruahkan harta kepada kita? Dan bagaimana sikap kita saat Dia “mempalitkan” sedikit  azabNya yang berwujud musibah?

Pepatah Inggeris  mengatakan, “Heart is King” (hati adalah raja). Kerana hati inilah yang menentukan segala perbuatan kita. Bila hati seseorang itu “berlabuh” kepada Allah, dia akan selalu beribadah, berzikir dan berdoa. Dia tidak pernah melupakanNya, nescaya dia menjadi hati yang lembut, baik dan redha.
Sebaliknya, hati yang selalu bermaksiat, lalai, meremehkan, bahkan berani menentang Allah atau enggan mendengarkan ayat-ayat suciNya, maka  hatinya adalah hati yang culas, jahat, yang selalu membuat  Penciptanya murka. Dan itulah, hati yang ‘’berlabuh’’ kepada rayuan syaitan pujaanya.

Kini, sudah saatnya kita muhasah diri, mengamati keadaan kita masing-masing.
Mungkinkah terlampau jauh dariNya? Dimanakah hati kita “berlabuh’’? Di “pelabuhan’’ Allah kah…? Atau di “pelabuhan” syaitan?

Andaikan hati kita telah lama membengkok, marilah kita luruskan kembali! Marilah kita memohon ampunanNya, redh-Nya dan belas kasihNya.
Akhir kata, tiada air mata yang lebih mulia kecuali tatkala menitis kerana menyesali segala dosa, tatkala kita bersimpuh, bertaubat atas “kebengkokan’’ hati kita selama ini.
’Dan mohonlah ampun  kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’’ QS. Al-muzzammil (73) : 20 
 .....................................................................................................................
Sebelum tido nanti, bermuhasabahlah sekejap. Pikir balik ape yang dah kite buat sepanjang hari ni. InsyaAllah bermanfaat. :)


Selamat malam 1Malaysia.


Sumber : akuislam.com

Pagi Yang "Indah"

18 kuman
Pagi tadi aku bangun tido macam biase.
Kemas katil, mandi wajib, gosok gigi, makan.
Lepas setel semue bende tu, aku pegi ambek surat kabor metro.
Tengok muke depan.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

DAMN!!

myMetro
Bende ni dah sampai kat Malaysia.
Dulu bende ni ade kat Thailand je.
Siap dapat sokongan orang kenamaan lagi, metro cakap Datuk.
Siap boleh buat kat hotel 4 bintang.
Rata2 yang jadi nyah ni, orang Islam.
Jantina? Mesti la lelaki.
Pastu dalam metro ade cakap yang diorang buat mende ni sebagai kerja amal, sebab nak tolong orang kurang bernasib baik.


Pathetic..
Banyak lagi care nak tolong orang oii.
Ape nak jadi rakyat Malaysia ni.

Ni semua bale !! BALE !!


p/s : abes spoil mood pagi aku.. =.="

Amende Vespa Ni??

0 kuman

Entry ni ak buat khas untuk bagi respek kat vespa memandangkan aku dah gune name die. Biar la die tak tau pon. Aku tak kesah. Entry ni dalam bahase inglish, jadi kalu tak paham, boleh la gune Google Translate. Pe tujuan Google buat mende tu kalu kite tak gune. Kan kan?

What is Vespa?

Tips : Bosan?

0 kuman

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Anda bosan? Takde keje nak buat? Givap ngan dunia? Jangan bunuh diri, bace post ni !!!
.......................................................................................................................
Apakah rasa bosan? Rasa bosan  timbul apabila anda jemu menghadap sesuatu berulang-ulang kali. Dalam situasi lain, rasa bosan timbul apabila anda tiada apa yang dibuat, tak ada apa hendak dilakukan ketika masa terluang. Awas! Bosan adalah petanda besar anda orang yang tidak ada matlamat.
Berikut adalah tips2 nak elak rase bosan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © ini belog anip